Friday, July 3, 2009









Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya
Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.
Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.
Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.
Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.
Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.
Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.
Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kitaRasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.
Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahankerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.
Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.
Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.

My name is nurul ameerah bt mohd noor from pahang. Can call me nurul 0 meera. Now i'm stdy at UNiSEL,in semester 6. I like to hangout with my lovely frends..;). lovelacq geng..love u all.;) mmmuuaaahhhh.!!
Termangu mengenangkan kisah silamYang tiada siapa mengetahuinyaMelainkan diriku yang menanggung segalanya
Sepanjang perjalanan ku ..Hanya air mata yang setia menemaniTidak kira pagi,petang, siang atau malam…Tetap setia hingga sekarang….Entah mengapa…Segalanya menimpa diriku….
Namun….Aku perlu sedar,Dalam kehidupan….Tiada yang sempurna…...Walaupun begitu….Aku akan cuba tabahkan diri….Selagi kudrat masih ada…
Kesedihan… Kedukaan…Akan tetap muncul jua…Segalanya sudah sebati dengan diriku...Dari dulu dan selama - lamanya…
Tetapi…Mengapa kini agak sukar untuk kulaluinya…Putus asa terhadap perjalanan kehidupan sekarang..,Semangat untuk meneruskan perjalanan kini semakin pudar,Serba salah menerjah diri,Sepi dalam kehidupan memang tidak boleh kulari...…Inilah dikatakan nasib diri...Terasa diri mahu kembali kepadaNya.Maafkan diri ini sekiranya tiada waktu lagi bagiku.